Perkara Yang Membatalkan Puasa ~



Assalamualaikum ya para sahabat bloggie sekalian .. seh !~ hehehe sempena bulan ramadhan yang mulia ne nak share la ckit antara perkara-perkara yg membatalkan puasa .. hehe myb ada yg dah tahu n myb ada yg masih kabur2 gik dgn perkara ne kn? kn? kn? hekhekhek .. so faz nak share ngan korg ek ..

Apakah Perkara-Perkara yg Membatalkan puasa?
Perkara-Perkara yg membatalkan puasa adalah seperti berikut : 

-   Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.Makan, minum dan merokok     membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 
 - Muntah dengan sengaja 
 - Mengeluarkan air mani 
 - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 
 - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 
 - Menjadi gila 
 - Pitam sepanjang hari 
 - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 
 - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam


Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.


Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air 
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah 
kebenaran pendapat ini? 

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang  terbang masuk ke dalam
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.


Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit  semput) 
ketika berpuasa? 

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.


Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu 
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau  hidungnya. 
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan 
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan
hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

p/s : dipetik dan diubahsuai dari www.muis.gov hehehe

2 comments:

Zuraidah said...

kenapa kentut bukan perkara yang membatalkan puasa ?? hehehehe

Cik Faz said...

hehe xtau pulark aku tuh . . . >.<

CopyRight 2011♥ Me Myself My Life Story ♥